13 Jan 2023
Sempena Sambutan Tahun Baru Cina, 99 Speedmart telah menganjurkan Program Amal Ceria Tahun Baharu Cina dengan lawatan ke pusat-pusat kebajikan. Aktiviti tahunan yang bermula pada 13hb Januari ini melibatkan 17 pusat kebajikan meliputi 9 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sumbangan dalam bentuk cek tunai, limau mandarin dan juga hamper beg telah diserahkan kepada fakir miskin, warga emas, anak yatim serta golongan OKU. Setulus ikhlas daripada kami, semoga sumbangan ini dapat mendatangkan keceriaan serta mengukir senyuman mereka yang menerimanya untuk menyambut Tahun Baru Cina yang akan datang ini.