05 Aug 2023
99 Speedmart dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) telah menganjurkan kempen derma darah tahunan ke-12 bertempat di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam pada 5 Ogos 2023. Program CSR ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial komuniti dalam membantu Pusat Darah Negara dan sukacita dimaklumkan sebanyak 502 beg darah telah berjaya dikumpulkan pada hari ni. Program CSR ini akan berterusan dijalankan dalam memberi kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan derma darah ini kerana setiap darah yang didermakan boleh menyelamatkan 3 nyawa, serta membantu hospital mempunyai bekalan darah yang mencukupi.