16 Oct 2023
99 Speedmart telah menganjurkan Majlis Memeterai MoU Penajaan kepada Majlis Paralimpik Malaysia dan Konfederasi Hoki Malaysia yang telah disempurnakan oleh YB Puan Hannah Yeoh, Menteri Belia Dan Sukan bertempat di Menara PERKESO Putrajaya. 99 Speedmart telah memberi penajaan berjumlah keseluruhan RM1,950,000.00 iaitu kepada Majlis Paralimpik Malaysia RM750,000.00 untuk tempoh 3 tahun manakala Konfederasi Hoki Malaysia RM1,200,000.00 untuk tempoh 3 tahun. Diharapkan dengan penajaan ini dapat memberi suntikan semangat kepada para atlet yang banyak berkorban masa dan tenaga serta berjuang demi membawa nama Malaysia ke serata dunia.