Kempen Derma Darah yang Ke-13

06 Jul 2024

99 Speedmart dengan kerjasama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) telah menganjurkan kempen derma darah tahunan ke-13 bertempat di Dewan Hamzah MBDK pada 6 Julai 2024. Sebanyak 621 beg darah telah berjaya dikumpulkan pada hari tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua penderma, kakitangan hospital dan staff 99 Speed Mart yang terlibat dalam menjayakan kempen ini.